AirAsia
AirAsia

PUTRAJAYA -Pesawat AirAsia penerbangan AK37 menuju ke Cochin, India, dari Kuala Lumpur hari ini terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbangsa Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) berikutan masalah teknikal, menurut kenyataan AirAsia di sini.

Kenyataan itu menyebut penerbangan itu yang berlepas ke India pada 6.25 pagi, mendarat dengan selamat di klia2, selepas dua jam penerbangan.

Tanpa mengulas lanjut, AirAsia berkata penerbangan itu dijadualkan semula untuk berlepas pada 3.45 petang ini.

“Semua penumpang diurus dengan baik oleh AirAsia. Kami dengan ikhlas memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku,” menurut kenyataan itu.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast