Home Dunia Datuk Bandar dikaitkan dengan dadah terbunuh

Datuk Bandar dikaitkan dengan dadah terbunuh

Reynaldo Parojinog

MANILA – Datuk Bandar Filipina yang dituduh mempunyai kaitan dengan perdagangan dadah haram oleh Presiden Rodrigo Duterte telah ditembak mati dalam serbuan polis.

Reynaldo Parojinog, Datuk Bandar Ozamiz terbunuh bersama isterinya dan 10 yang lain di rumahnya ketika polis menghantar waran.

Pegawai-pegawai polis didakwa telah diserang oleh pengawal keselamatan Datuk Bandar terlebih dahulu.

Lebih daripada 7,000 orang dipercayai telah terbunuh sejak Duterte melancarkan serangan perdagangan dadah pada Julai 2016.

“Polis sedang menjalani waran tangkap ketika mereka diserang dengan tembakan oleh pengawal keselamatan Parojinog, kata Ketua Polis Daerah, Jaysen De Guzman.

Jurucakap Parojinogs menafikan bahawa terdapat serangan tembakan dan menegaskan pengawal Bandar itu tidak menembak.

Saudara lelaki Parojinog juga terbunuh dalam serangan subuh di Ozamiz. Anak perempuannya, Naib Datuk Bandar, ditahan dan menghadapi tuduhan berkaitan dengan kesalahan dadah, kata polis.

Polis turut menemui senapang, wang tunai dan dadah dalam serbuan selepas kejadian itu.

Parojinong adalah Datuk Bandar Filipina ketiga yang terbunuh dalam kempen perangi dadah oleh Duterte. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast