KUALA LUMPUR – Indeks Harga Pengeluar (IHPR) pengeluaran tempatan meningkat 6.4 peratus pada asas tahun ke tahun bagi Jun 2017.

Antara sektor yang mencatatkan peningkatan ketara adalah perlombongan (+10.2 peratus), pembuatan (+6.6 peratus), pertanian, perhutanan & perikanan (+5.0 peratus) dan bekalan elektrik dan gas (+0.8 peratus).  Sementara itu, bekalan air turun 0.7 peratus.

Jabatan Statistik berkata, Perbandingan bulan ke bulan, IHPR pengeluaran tempatan turun 1.1 peratus pada Jun 2017 berbanding Mei 2017.

Penurunan ini disebabkan oleh penyusutan dalam empat sektor iaitu, perlombongan (-5.2 peratus), pertanian, perhutanan & perikanan (-2.3 peratus), pembuatan (-0.5 peratus) dan bekalan air (-0.3 peratus).

Sementara itu, bekalan elektrik & gas tidak mencatatkan sebarang perubahan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast