Setiausaha Politik kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Rafi Alli Hassan (dua kanan) diiringi Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar (tengah) merasmikan #Negaraku : Seminar Media Social Peringkat WP Kuala Lumpur di Institut Latihan DBKL, Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 02 OGOS 2017

KUALA LUMPUR – Jangan sebar berita media sosial sesuka hati tanpa menyedari risikonya, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

“Jangan sebarkan secara copy & paste,  jangan sebar kerana sharing is caring, jangan sebar dengan harapan orang lain tolong selidik dan semak kesahihnnya, jangan sebar kalau baik itu baiklah, kalau salah boleh minta maaf dan jangan sebar cerita yang bukan dari mulut orang itu sendiri,” katanya.

Teks ucapan Tengku Adnan dibacakan setiausaha politiknya, Datuk Mohd. Rafi Alli Hassan ketika merasmikan program #Negaraku : Seminar Media Sosial 2017 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini hari ini.

Menurut Tengku Adnan, amaran itu dilihat ekoran penyebaran berita palsu dan fitnah di rangkaian media sosial yang semakin berleluasa.

“Kita tahu silapnya kemudian, maka sukar bagi kita untuk mengesan punca dan bagaimana hendak menghentikan penyebaran.

“Oleh itu, adalah lebih baik kita sendiri berhenti tular dan mengkaji kesahihan berita atau maklumat sebenar sebelum menularkan kepada orang lain,” tambah Tengku Adnan.

Program Seminar Media Sosial 2017 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bertemakan usaha memperkasakan penggunaan positif media baharu bagi mewujudkan generasi warga digital berminda kelas pertama yang mengamalkan etika penggunaan internet secara selamat, berwaspada dan bertanggungjawab.

Dalam ucapan itu. Tengku Adnan menyeru agar generasi sekarang yang dilambakkan dengan informasi dihujung jari untuk menanamkan sikap tabayyun atau sikap memeriksa sesuatu perkara sebelum. – MalaysiaGazette