Home Ekonomi Inventori meningkat, harga minyak susut semula

Inventori meningkat, harga minyak susut semula

NEW YORK – Minyak menyusut dalam dagangan hari ini disebabkan peningkatan inventori bahan bakar Amerika Syarikat mendorong harga minyak syal berada di bawah paras AS$50 setong.

Niaga hadapan mentah West Texas Intermediate (WTI) berada pada paras AS$48.85 setong pada 0046 GMT, turun 0.6 peratus berbanding harga penutup sebelum itu.

Penurunan itu berlaku selepas kontrak itu dibuka melebihi AS$50 buat kali pertama sejak 25 Mei pada hari Selasa.

Niaga hadapan minyak mentah Brent, penanda aras antarabangsa untuk harga minyak, turun AS$0.30 atau 0.6 peratus kepada AS$51.48 setong.

Institut Petroleum America (API) berkata, minyak mentah Amerika Syarikat naik sehingga 1.8 juta tong dalam minggu ini berakhir 28 Julai lalu kepada 488.8 juta, menjejaskan jangkaan kawalan pengeluaran minyak syal.

Di pasaran global, harga terjejas oleh kaji selidik minggu ini yang memperlihatkan pengeluaran oleh Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) mencecah paras tertinggi pada 2017 sebanyak 33 juta setiap hari, walaupun organisasi itu menyekat pengeluaran beberapa pengeluar bukan OPEC termasuk Rusia sebanyak 1.8 juta sehari antara Januari tahun ini hingga Mac 2018.

Peningkatan pengeluaran itu akan menambah bekalan minyak tidak lama lagi dan ia berlarutan bertahun-tahun, kata Perunding Tenaga, Douglas Westwood.

“Lebihan bekalan sebenarnya akan kembali pada 2018 disebabkan permulaan medan-medan minyak yang disekat sebelum ini. Ia berlaku disebabkan tambahan kepada keuntungan pengeluaran melalui peningkatan pelaburan dan aktiviti di ruang bukan konvensional Amerika Syarikt,” kata Steve Robertson,Ketua Penyelidikan Global Oilfield. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast