Ameer Mydin

KUALA LUMPUR – Mydin Mohamed Holdings Bhd yang juga pemilik salah satu rangkaian pasar raya terbesar Malaysia, Mydin, berhasrat untuk menceburi perniagaan dalam talian yang menjadi antara usaha untuk mengembang serta mempelbagaikan portfolio perniagaan syarikat itu.

Pengarah Urusannya, Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin berkata syarikat tersebut kini menunggu masa yang sesuai bagi melancarkan inisiatif itu.

“Pasaran amat lemah sekarang dan kami menunggu untuk mencatat peningkatan sebelum boleh memulakan perniagaan dalam talian.

Persidangan dua hari bertemakan ‘Future of Work: Preparing For Tomorrow Today,’ adalah anjuran bersama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan firma pelaburan berpejabat di Amerika Syarikat, BNY Mellon.

Ameer berkata buat masa ini, Mydin akan memberi tumpuan terhadap usaha menambah bilangan cawangan dan memantau prestasi industri yang masih terjejas akibat kelembapan ekonomi serta penyusutan nilai ringgit.

Malah, katanya, Mydin juga merancang untuk menambah dua cawangan baharu pada tahun ini dan kemungkinan tiga lagi cawangan pada tahun berikutnya.

Mengulas prestasi jualan Mydin, beliau mengakui kesukaran syarikat untuk mencatat semula peningkatannya pada tahun ini berikutan kuasa beli yang rendah di pasaran biarpun Malaysia merekodkan pertumbuhan kukuh pada suku pertama 2017.

“Kami sedang berusaha mengekalkan harga sedia ada dengan harapan keadaan pulih semula. Inilah cabaran utama kami sekarang,” katanya.– BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast