KUALA LUMPUR – Pengasas produk kecantikan Vida Beauty, Datuk Seri Hasmiza Othman akhirnya buka mulut berkenaan lamaran yang dibuat oleh selebrtiti media sosial, Abdul Rani Kulup Abdullah.
Beliau hari ini menolak lamaran tersebut kerana lelaki tersebut tidak menepati ciri yang dicarinya.
Memetik laporan Sinar Online, Hasmiza mahukan lelaki kaya yang boleh memajukan perniagaannya ke tahap trilion ringgit selain memiliki mata kelabu, muda dan kacak.
“Seseorang yang boleh memajukan perniagaan saya ke arah trillion ringgit. Itu baru boleh,” katanya.
Dalam pada itu, Hasmiza turut mengingatkan Rani Kulup agar tidak mempergunakan lamaran tersebut sebagai publisiti murahan. -MalaysiaGazette