Home Ekonomi Demak guna minyak pelincir Motul

Demak guna minyak pelincir Motul

Tan Peng Kee bersalam dengan wakil MOTUL Sri Lanka selepas majlis memeterai perjanjian kerjasama antara bersama Demak Sales and Services Sri Lanka sambil diperhatikan oleh Pengarah Transmec International (Pvt) Ltd, Asela Lihinikaduwa di Colombo Sri Lanka baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Demak Sales and Services Sri Lanka memeterai perjanjian kerjasama dengan pengeluar pelincir terkenal dunia Motul sebagai jenama pelincir untuk kegunaan semua motosikal itu di negara tersebut.

Dengan perjanjian kerjasama itu, Transmec International (Pvt) Ltd yang merupakan pengedar sah Motul di Sri Lanka bersama Demak Sales and Services Sri Lanka memeterai perjanjian membekal dan menjual produk pelincir Motul di semua rangkaian pengedar Demak di seluruh Sri Lanka.

Pengurus Besar Operasi DNC Asiatic Sdn Bhd., Tan Peng Kee berkata, perjanjian kerjasama ini member peluang kedua-dua jenama ini berkembang seiring dengan teknologi dan kepakaran masing-masing.

“Motul merupakan sebuah jenama minyak pelincir yang terkenal di dunia dan menjadi salah satu penaja dan juga rakan pelincir rasmi untuk MOTO GP sejak dari 2014 sehingga kini, Demak amat berbangga kerana dapat bekerjasama dengan MOTUL,’ katanya.

Ketika ini semua model motosikal Demak dipasang di kilang Sri Lanka dengan purata jualan sebanyak 1,000 buah sebulan.

Demak Sri Lanka memiliki 134 pengedar sah dan 34 pusat mega yang menyediakan perkhidmatan alat ganti dan servis di seluruh Sri Lanka.

Menurut Peng Kee, jenama Demak berkembang pantas di Sri Lanka sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan bagi memenuhi permintaan pasaran Sri Lanka, DNC Asiatic Sdn. Bhd. telah membuka kilang pemasangan di Sri Lanka tahun lalu.

DNC Asiatic Sdn Bhd adalah syarikat induk kepada Demak Sales and Services.

Melalui kerjasama dengan Motul ini, kita akan berkongsi kerjasama teknologi bagi meningkatkan keupayaan dan kepakaran jurutera serta rangkaian pengedar di seluruh Sri Lanka,” katanya.

Tambah beliau, Demak akan mencadangkan pengunaan minyak pelincir Motul sebelum dan selepas tempoh jaminan bagi mengekalkan keupayaan dan ketahanan enjin. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast