Awang Adek Hussin

KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin dilantik sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang baharu berkuatkuasa 1 September ini.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelantikan Awang Adek yang berusia 62 tahun itu telah mendapat persetujuan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Saya percaya dengan pengalaman yang dimiliki beliau mampu memimpin MARA dalam melaksanakan dasar dan perancangan oleh kementerian ini demi mencapai objektif Transformasi Negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Ismail Sabril, Awang Adek yang merupakan bekas Senator Dewan Negara mampu mengadaptasikan tanggunjawabnya ekoran pernah memegang beberapa jawatan penting termasuk kariernya di bidang politik. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast