Reaksi Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz ketika berucap pada Majlis Bicara Tokoh "Isu Semasa : Apa Kata Chief?" di Pusat Penerangan Pelancongan Malaysia (MATIC), Ampang, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 21 MEI 2017.

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz menyifatkan kelakukan tidak elok yang ditunjukkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai punca dibaling kerusi dan botol dalam insiden pada Ahad baru-baru ini.

Sebahagian orang ramai cuba memadam suar yang dibaling semasa kekecohan yang berlaku ketika sesi soal jawab bersama Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tun Mahathir Mohamad pada Program “Nothing To Hide 2.0” di Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor, Shah Alam. foto HAZROL ZAINAL, 13 OGOS 2017.

Nazri berkata, insiden itu berlaku kerana Dr Mahathir yang ‘memintanya’, malah kelakuannya seperti gangster menyebabkan orang ramai tidak berpuas hati dan akhirnya berlaku insiden yang tidak diingini di Shah Alam itu.

“Dia memintanya.

“Dia mahu menjadi pejuang jalanan, dia mahu berkelakuan seperti gangster, itulah yang dia dapat. Dia tidak mahu berkelakuan seperti seorang negarawan, itulah yangdia dapat,” katanya.

Mengenai dakwaan mengatakan UMNO sebagai dalang insiden tersebut, Nazri secara sinis membidas pihak yang sentiasa menunding jari kepada parti pemerintah itu terhadap sebarang insiden buruk yang berlaku.

“Ya, semuanya ada (ada kaitan dengan) UMNO.

“Besok, jika seseorang mati, ini juga (ada kaitan UMNO) kenapa kita buang masa untuk sesuatu yang bodoh seperti itu?” katanya lagi.

Ahad lalu, tercetus kekecohan semasa forum Nothing to Hide 2.0 yang menyaksikan kerusi dan selipar melayang ke arah Dr Mahathir Mohamad. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast