Home Ekonomi Bekalan syal turun, harga minyak naik

Bekalan syal turun, harga minyak naik

SINGAPURA – Harga minyak naik dalam dagangan awal pada hari Rabu ekoran kejatuhan inventori mentah Amerika Syarikat, walaupun para penganalisis mengatakan pasaran masih diimbangi oleh kelebihan bekalan.

Niaga hadapan minyak mentah Brent, penanda aras antarabangsa berada pada AS$51.01 setong pada 0023 GMT, naik AS$0.21 sen atau 0.4 peratus berbanding harga penutup.

Manakala niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) berada pada AS$47.70 setong, meningkat AS$0.15 sen.

“Data inventori minggu lalu menunjukkan sejumlah 9.2 juta tong minyak merosot, manakala inventori gasolin naik sedikit. Pasaran melihat ini sebagai laporan kenaikan sederhana,” kata William O’Loughlin, Penganalisis Pelaburan di Rivkin Securities.

Institut Petroleum Amerika berkata, inventori minyak mentah Amerika Syarikat susut sebanyak 9.2 juta tong pada minggu berakhir 11 Ogos lalu kepada 469.2 juta.

Bagaimanapun, stok gasolin naik sebanyak 301,000 tong berbanding jangkaan penganalisis penurunan1.1 juta tong. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast