LANGKAWI – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Digital Langkawi 2017, satu inisiatif untuk memangkinkan pembangunan ekonomi digital Kedah, di sini.

Di bawah program ini, pelbagai inisiatif akan dibangunkan yang antaranya termasuk aplikasi pelancongan Mycribbooking, aplikasi pemantauan keselamatan dan Cashless School, satu sistem pembayaran tanpa wang di sekolah.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi dan Sumber Tenaga Manusia Kedah Datuk Norsabrina Mohd Noor menyifatkan pelaksanaan inisiatif ini sebagai satu hadiah terbesar kerajaan persekutuan pimpinan Najib kepada negeri Kedah.

“Inisiatif ini akan menjadi persediaan kita untuk menghadapi revolusi digital, ” katanya semasa berucap di majlis itu.

Menurutnya lebih RM200 juta telah diperuntukkan setakat ini untuk menjayakan inisiatif itu yang sekali gus menjadikan Langkawi sebagai pulau digital pertama di Malaysia.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast