Home Utama Mohd Isa dibebas, jaminan RM150,000

Mohd Isa dibebas, jaminan RM150,000

Bekas pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad (tengah) dilihat keluar dari mahkamah sambil diiringi isterinya, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid (kanan) selepas mendapat perintah tahanan reman selama lima hari bermula hari ini sehingga 20 Ogos berhubung pembelian dua hotel Felda Investment Corporation (FIC) di Mahkamah Majistret, Istana Kehakiman Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 16 OGOS 2017.⁠⁠⁠⁠

PUTRAJAYA – Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang direman sejak lima hari lalu dibebaskan pagi tadi.

Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya, Datuk Zainal Abidin Kamaruddin membenarkan Mohd Isa dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM150,000 dengan dua penjamin.

Bekas Pengerusi Felda itu direman sejak 16 Ogos lalu bagi membolehkan siastaan lanjut berhubung pembelian dua hotel milik Felda Investment Corporation (FIC).

Mohd Isa tiba di Kompleks Mahkamah Putrahaya kira-kira 9.50 pagi dengan sebuah MPV hitam dikawal oleh pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Isteri beliau, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid turut kelihatan di perkarangan mahkamah.

Mohd Isa ditahan pada 15 Ogos di Ibu Pejabat SPRM, ketika hadir bagi memberi keterangan kepada SPRM berhubung pembelian Hotel Park City di London.

FIC didakwa membeli hotel itu dengan harga yang lebih tinggi sebanyak RM330 juta berbanding nilai pasaran RM110 juta. – MalaysiaGazette