Home Ekonomi Pengeluaran terkawal, harga minyak mentah naik

Pengeluaran terkawal, harga minyak mentah naik

SINGAPURA – Harga minyak mentah dunia meningkat pada awal dagangan hari ini ekoran kawalan bekalan yang ketara terutama di Amerika Syarikat.

Niaga hadapan minyak mentah Brent, penanda aras antarabangsa untuk harga minyak, berada pada harga AS$51.78 setong pada 0026 GMT, naik AS$0.12 sen daripada harga penutup.

Manakala niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) berada pada AS$47.52 setong, meningkat sebanyak AS$0.15.

Minyak mentah Amerika Syarikat telah menyusut secara konsisten sejak kebelakangan ini.

“Jika penurunan inventori minyak ini kekal, maka kenaikkan harga dapat dilakukan untuk minyak, terutama sekali penawaran terhad dari OPEC dan Rusia,” kata Fawad Razaqzada, penganalisis pasaran Forex.com.

Inventori minyak mentah Amerika Syarikat merudum jatuh hampir 13 peratus daripada harga puncak pada bulan Mac kepada 466.5 juta tong.

Meskipun pengeluaran minyak Amerika Syarikat merosot 9.5 juta tong sehari, yang tertinggi sejak Julai 2015, penganalisis mengatakan pertumbuhan ini tidak lama lagi mungkin akan perlahan apabila firma tenaga Amerika Syarikat mengurangkan memotong jumlah penggerudian minyak baru. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast