Tidak terlepas Presiden AS, Donald Trump dan kakitangan White House turut menyaksikan fenomena gerhana itu.

 

WANGSHINGTON – Pelbagai aksi dan ragam dapat dilihat sepanjang kejadian gerhana matahari di Amerika Syarikat (AS) semalam.

Ramai yang tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan fenomena gerhana matahari terbesar dalam tempoh 100 tahun itu.

Tidak terlepas Presiden AS, Donald Trump dan keluarganya pun turut menyaksikan fenomena gerhana itu.

Kejadian gerhana terjadi apabila kedudukan bulan berada betul-betul antara matahari dan bumi.

Gerhana penuh matahari ini dilaporkan BBC News bermula dari Oregon hingga Selatan Carolina.

Fenomena itu dilaporkan bermula pada jam 5.16 petang waktu tempatan dan berakhir 6.48 petang waktu tempatan.

 

Dilaman sosial facebook, fenomena itu menjadi trending dengan pelbagai gambar dikongsi dan ada syarikat yang mengeluarkan produk seperti topi dan cenderamata berkaitan gerhana tersebut.- MalaysiaGazette