Home Ekonomi Harga minyak semakin kukuh

Harga minyak semakin kukuh

SINGAPURA – Harga minyak berubah sedikit pada awal dagangan hari ini, mengaut sebahagian besar keuntungan dari sesi sebelumnya setelah inventori minyak mentah Amerika Syarikat menyusut, sekali gus memberi petanda pasaran semakin ketat.

Niaga hadapan minyak mentah Brent berada pada harga AS$52.48 setong pada 0103 GMT, turun AS$0.0 9 sen dari harga penutup manakala niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate A.S. (WTI) diniagakan AS$ 48.31 setong, turun AS$0.10 sen.

Harga minyak mentah melonjak lebih daripada 1.0 peratus, juga disebabkan kebimbangan gangguan bekalan akibat ribut di peraitan teluk.

Peniaga berkata, penurunan berterusan dalam stok penyimpanan minyak mentah Amerika Syarikat adalah tanda pasaran semakin mengetatkan secara beransur-ansur.

“Penyusutan yang kukuh dalam inventori minyak mentah Amerika Syarikat sepatutnya menyaksikan harga minyak disokong walaupun terdapat petunjuk pengeluaran minyak itu terus dipacu lebih tinggi.

Pengeluaran minyak WTI mencapai 9.53 juta tong sehari pada minggu lepas, paras tertinggi sejak Julai 2015 dan lebih daripada13 peratus daripada paras paling rendah pada pertengahan tahun 2016. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast