SINGAPURA – Harga minyak naik pada dagangan hari ini ketika industri petroleum Amerika Syarikat bersedia untuk menghadapi Taufan Harvey di pantai Texas yang mengancam pengeluaran di darat dan luar pesisir.
Ribut tropika itu telah melanda sejak Khamis dijangka taufan terbesar dalam tempoh 12 tahun.
Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) CLc1 berada pada AS$47.74 setong pada 0219 GMT, naik AS$0.31 sen, atau 0.6 peratus daripada harga penutup.
Sementara niaga hadapan minyak mentah Brent pula bertambah kepada AS$52.40 setong, naik 0.7 peratus.
Para pedagang berkata, kenaikan harga minyak didorong oleh penutupan kawasan pengeluaran minyak bagi persediaan menghadapi taufan tersebut.
Penutupan kawasan itu terpaksa dibuat kerana menjangkakan ribut itu boleh mengakibatkan kerosakan teruk.
Harga meningkat melonjak selepas minyak mentah menyusut 2.0 peratus pada akhir sesi sebelumnya. – MalaysiaGazette