Lembu yang terjatuh di dalam perigi diselamatkan oleh bomba.

TANGKAK – Seekor lembu betina yang terperangkap dalam sebuah perigi kira-kira dua meter di Kampung Seberang Gajah di sini diselamatkan Bomba dan Penyelamat hari ini.

Lembu yang bukan untuk ibadah korban itu dipercayai terjatuh dalam perigi yang tidak bertutup itu semasa hendak minum air.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangkap Malley Salim berkata, pihaknya menerima panggilan pada 2.05 petang dan operasi menyelamat tamat pada 3.15 petang.

Tambahnya, operasi menyelamat lembu itu mengambil masa kira-kira 20 minit dan ia tidak mengalami kecederaan. – MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast