Home Dunia Pyongyang bangun senjata nuklear lebih hebat

Pyongyang bangun senjata nuklear lebih hebat

Kim Jong-un memeriksa bom nuklear yang sedang dibangunkan oleh Korea Utara. foto Reuters

SEOUL – Korea Utara mendakwa telah membangunkan senjata nuklear yang lebih maju yang mempunyai “kuasa pemusnah hebat” dengan bom hidrogen akan dimuatkan pada peluru berpandu balistik antara benua (ICBM).

Laporan oleh agensi berita rasmi KCNA itu muncul di tengah-tengah ketegangan serantau yang semakin meningkat selepas pelancaran dua ujian peluru berpandu Pyongyang pada bulan Julai yang berpotensi mempunyai membedil pada jarak kira-kira 10,000 km (6,200 batu).

Jarak itu dikatakan boleh melepasi sebahagian besar Amerika Syarikat.

Pakar dan pegawai mengatakan Korea Utara boleh melakukan ujian nuklear keenam pada bila-bila masa dan negara itu telah bersiap sedia untuk melakukan ujian letupan lagi pada bila-bila masa.

Kuasa bom hidrogen boleh dilaraskan kepada beratus-ratus kiloton dan boleh diletupkan di pada ketinggian tinggi, dengan komponennya yang dihasilkan secara asli membenarkan negara membina sebanyak mungkin senjata nuklear seperti yang dikehendaki, kata agensi berita KCNA.

“Semua komponen bom H adalah buatan sendiri dan semua proses diletakkan di atas dasar Juche, sekali gus membolehkan negara itu menghasilkan senjata nuklear yang kuat sebanyak mana yang dikehendaki,” kata laporan itu.

Juche adalah ideologi tempatan di Korea Utara yang merupakan perpaduan Marxisme dan nasionalisme melampau yang dikemukakan oleh pengasas negara, Kim Il Sung, datuk kepada Jong-un.

Kim Jong Un “menetapkan tugas untuk dipenuhi dalam penyelidikan ke dalam nuklear,” kata KCNA, tetapi ia tidak menyebutkan rancangan untuk ujian nuklear keenam.

Korea Utara tahun lalu melakukan ujian nuklear keempat dan kelima, mengatakan ujian keempat pada Januari 2016 adalah ujian bom hidrogen yang berjaya, walaupun pakar luar mempersoalkan sama ada ia adalah bom hidrogen sepenuhnya.

Ujian nuklear kelima pada bulan September 2016 diukur pengeboman terbesar Korea Utara, tetapi gempa bumi yang disebabkannya tidak dipercayai cukup besar untuk menunjukkan ujian termonuklear. – MalaysiaGazette