HOUSTON – Kira-kira 5.5 peratus daripada pengeluaran minyak di teluk Mexico, Amerika Syarikat atau 96,000 tong keluaran sehari masih ditutup selepas Taufan Harvey melanda di Texas lebih dari seminggu yang lalu, menurut Biro Keselamatan Penguatkuasaan Keselamatan dan Alam Sekitar Persekutuan.
Jumlah pengeluaran minyak yang tidak dapat diproses sejak platform luar pesisir ditutup pada 23 Ogos ialah sekitar 2.97 juta tong.
Pengeluaran terjejas dengan ketara daripada kemuncak24.5 peratus, atau 428,568 tong sehari pada 26 Ogos ketika aktiviti beroperasi semula.
Syarikat-syarikat tenaga yang beroperasi di luar pesisir teluk Mexico menghasilkan kira-kira 1.75 juta tong sehari.
“Sejak taufan berlalu, operator-operator telah mula memeriksa kemudahan dan pengeluaran. Sehingga kini tiada laporan yang diterima,” kata BSEE.
Agensi persekutuan mengunjurkan kira-kira 8.4 peratus pengeluaran gas asli atau 3,220 juta kaki padu sehari masih ditutup, bersamaan dengan 271.39 juta kaki padu sehari dihentikan.
Jumlah pengeluaran yang terjejas sejak 23 Ogos lalu adalah 6.35 bilion kaki padu. – MalaysiaGazette