MONZA,ITALI – Lewis Hamilton menang mudah dalam Grand Prix Formula Satu Terbuka Itali hari ini.
Pelumba pasukan Mercedez berjaya mengenepikan pesaing terdekat dari Ferrari, Sebastian Vettel untuk mendahului senarai kejuaraan dunia 2017 buat pertama kali.
Mercedez menaiki podium sebagai juara dan naib juara sementara Vettel menamatkan saingan di tempat ketiga.
Pelumba warga Britain itu menterjemahkan kedudukan pole ke-69 dalam karier F1 kepada kemenangan kali ini.
Hamilton mendahului setiap pusingan selepas hentian pit sebelum menang kejuaraan dengan mendahului Vettel dengan perbezaan tiga mata sahaja.
Kedudukan Hamilton masih belum selamat yang mana Vettel masih berpeluang melonjak ke tangga teratas semula pada Terbuka Singapura seleps ini. – MalaysiaGazette