Andreas Pereira

MANCHESTER – Jose Mourinho tetap menyokong Andreas Pereira untuk menjadi seorang pemain hebat Manchester United walaupun membenarkan pemain Brazil itu untuk menyertai Valencia secara pinjaman untuk musim ini.

Pemain berusia 21 tahun itu berhijrah lagi ke Kelab La Liga itu tetapi telah menandatangani kontrak baru di Old Trafford yang akan mengekalkan beliau bersama United sehingga 2019 dengan pilihan melanjutkan tempoh kontrak untuk 12 bulan seterusnya.

“Andreas telahpun menjadi seorang pemain bola sepak yang sangat baik,” kata Mourinho.

“Beliau merupakan pemain muda dengan keupayaan semula jadi yang hebat dan sikap yang baik ke arah meneruskan perkembangannya.

“Saya tidak meragui dia mempunyai potensi untuk menjadi salah satu pemain hebat pada masa depan di kelab ini.”

Pereira dijangka kekal di Old Trafford setelah berada semusim dalam La Liga tahun lalu dengan pasukan disingkirkan, Granada.

Tetapi pada jam terakhir untuk jendela perpindahan kelab di Sepanyol ditutup, dia mengambil keputusan untuk menyertai Valencia selama semusim.

Tetapi Mourinho masih menaruh harapan kepada pemain untuk kekal di United dan Pereira berharap untuk kembali untuk berjaya di kelab.

“Saya gembira kerana telah melanjutkan kontrak saya dengan kelab yang hebat ini,” kata pemain tengah itu.

“Pengurus sedang membina sebuah pasukan yang hebat di sini dan saya ingin menjadi sebahagian daripada itu secepat yang mungkin.

“Saya akan meneruskan perkembangan saya di Valencia musim ini dengan harapan saya akan mendapat banyak peluang bermain di atas padang.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pengurus untuk bantuan dan bimbingan dan kepercayaan yang ditunjukkannya kepada saya.”

Hasil daripada status pinjaman Pereira itu, Scott McTominay telah diserapkan ke dalam skuad utama United. – MalaysiaGazette