Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hadir di Mahkamah Rayuan bagi mendengar Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi keterangan berkaitan prosiding siasatan kes kerugian akibat urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia di Istana Kehakiman Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 07 SEPTEMBER 2017.

PUTRAJAYA – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini hadir di sesi petang prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung kerugian urus niaga mata wang asing Bank Negara Malaysia (BNM).

Mahathir memasuki bilik prosiding tepat jam 2.20 petang.

Terdahulu memasuki bilik prosiding adalah Presiden PKR, yang juga isteri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (tengah) hadir di Mahkamah Rayuan bagi mendengar suaminya memberi keterangan berkaitan prosiding siasatan kes kerugian akibat urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia di Istana Kehakiman Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 07 SEPTEMBER 2017.

Turut kelihatan beberapa kepimpinan PKR antaranya naib presidennya, Shamsul Iskandar Akin.

Anwar adalah saksi ke-21 dalam prosiding siasatan berhubung siasatan kerugian BNM sekitar 1990-an.

Beliau menjawat jawatan Menteri Kewangan yang juga Timbalan Perdana Menteri ketika itu.

Ketua Umum PH memasuki bilik prosiding tepat jam 2.05 petang. -MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast