Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz berucap pada Majlis Perasmian Malaysia Business Events Week (MBEW) 2017 di Hotel One World Petaling Jaya, Selangor. foto IQBAL BASRI, 11 SEPTEMBER 2017

PETALING JAYA – Kutipan cukai pelancongan mampu menjana modal untuk membantu pertumbuhan sektor pelancongan di negara ini.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, trend penurunan jumlah pelancong antarabangsa tahun ini adalah bersangkutan dengan kekurangan bajet yang diperuntukkan kerajaan kepada kementeriannya.

Beliau mensasarkan melalui cukai ini sebanyak RM220 juta dapat dikutip pada 2018.

“Sehingga bulan Ogos berbanding tahun lalu jumlah peningkatan pelancong adalah 0.5 peratus berbanding tahun ini 0.4 peratus.

“Impak pemotongan bajet biasanya akan dirasai dalam tempoh dua tahun.

“Biasanya setiap tahun kita (kementerian) diberi RM200juta untuk promosi tapi tahun ini telah dipotong RM110 juta,” katanya selepas merasmikan Malaysia Business Event Week 2017 hari ini.

Forum anjuran  Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB) selama seminggu itu akan membincangkan industri acara perniagaan yang berpotensi untuk membantu pertumbuhan sektor pelancongan.

 

Ujarnya, sektor pelancongan tempatan bersaing dengan negara Asia Tenggara yang lain seperti Thailand, Singapura, Indonesia, Vietnam dan Filiphina yang menawarkan produk pelancongan yang hampir serupa.

“Maka penting bagi kementerian meneruskan promosi bagi menarik lebih ramai pelancong,” tambah beliau. – Malaysia Gazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast