Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom turut hadir bagi mendapatkan perkembangan terkini berhubung proses pengecaman mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur . foto SAFWAN MANSOR, 14 SEPTEMBER 2017

KUALA LUMPUR – Proses pemadanan ujian DNA antara mangsa kebakaran Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dengan keluarga akan diketahui seawal pukul 3.30 petang esok.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam sidang media ringkas di hadapan Institut Perubatan Forensik Negara, di Hospital Kuala Lumpur.

“Kita sudah berjumpa dan berbincang dengan pihak forensik hospital. Kita nak maklumkan di sini, semua sampel darah daripada waris mangsa sudah diambil.

“Keputusan pemadanan akan diketahui paling awal pada petang esok, pukul 3.30,” katanya kepada pemberita.

Sementara itu, beliau turut menggalakkan kumpulan waris mangsa agar berehat di beberapa hotel penginapan yang disediakan oleh pihak kerajaan. – MalysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast