MANCHESTER – Mesut Ozil bakal dibawa ke Old Trafford sebaik sahaja kontraknya berakhir hujung musim ini berikutan minat tinggi oleh Jose Mourinho merancang untuk membawa masuk
Pemain Arsenal itu pernah bekerjasama bersama pengurus Manchester United itu ketika dia bersama Real Madrid sebelum pemain berkenaan berhijrah ke Emirates.
Karier pemain Jerman itu kurang bersinar kerana hanya memenangi tiga trofi Piala FA bersama Arsenal dan kini masa depannya masih kabur.
Kontrak Ozil akan berakhir pada hujung musim 2017/2018 dan dia belum mengadakan rundingan untuk melanjutkan kontraknya sejak Februari lalu.
Perpindahan Ozil pada musim panas lalu gagal selepas bidaan United Barcelona ditolak Arsenal.
Namun Ozil sekarang bebas untuk menentukan masa depannya pada hujung musim ini. – MalaysiaGazette