Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan stesen televisyen TV3 membayar ganti rugi RM1.1 juta kepada bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mendapati TV3 bertanggungjawab menfitnah dengan mengaitkan Anwar sebagai seorang daripada dalang pencerobohan di Lahad Datu, Sabah, lima tahun lepas.

KUALA LUMPUR – Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) ekoran masalah tekanan darah kurang stabil.

Menurut satu kenyataan daripada Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, Anwar dikejarkan ke HKL kira-kira jam 2 petang tadi dari penjara Sungai Buloh.

“Pada jam 2 petang tadi, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur akibat masalah tekanan darah kurang stabil. Beliau kini dalam pemantauan doktor.

“Malah beliau turut memerlukan rawatan fisioterapi intensif akibat kecederaan lama di bahu beliau,” katanya hari ini.

Anwar pada 7 September lalu dipanggil Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kerugian Bank Negara Malaysia (BNM) bagi memberikan keterangan.

Anwar menjadi saksi ke 21 kerana memegang jawatan Menteri Kewangan dari tahun 1991-1998.

Pada Mei tahun lalu, bekas Ketua Pembangkang itu pernah dikejarkan ke hospital atas sebab yang sama.

Kesihatan Anwar dilaporkan merosot sejak Julai 2015 dan barisan peguamnya pernah memohon supaya beliau ditempatkan sebagai tahanan rumah. – MalaysiaGazette.