KUALA LUMPUR – AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia melancarkan laluan baharu ke Macau dari Johor Bahru mulai 28 November ini.
Laluan baharu Johor Bahru-Macau yang akan beroperasi setiap hari merupakan laluan ke-16 dari Johor Bahru dan laluan antarabangsa ketujuh dari hab itu, kata AirAsia dalam kenyataan di sini.
Sempena laluan baharu itu, AirAsia menawarkan tambang promosi termasuk semua dari RM129 sehala di airasia.com bermula sekarang hingga 1 Oktober 2017 untuk tempoh perjalanan dari 28 November 2017 hingga 21 November 2018.
Promosi tersebut juga boleh didapati melalui aplikasi AirAsia untuk peranti iPhone dan Android, serta laman mudah alih mobile.airasia.com. – MalaysiaGazette