Neymar mahu PSG menjual Cavani musim ini berikutan sikapnya di atas padang Ahad lalu. The Sun

PARIS – Neymar dilaporkan mendesak Paris Saint Germain supaya menjual penyerang, Edinson Cavani selepas tercetus pertikaian antara mereka.

Pasangan penyerang kelab gergasi Ligue 1 itu beberapa kali terlibat pertelingkahan lidah dalam aksi yang menyaksikan pasukan itu menang 2-0 ke atas Lyon Ahad lalu.

Neymar dan Cavani didakwa bertelingkah untuk mengambil sepakan percuma dan penalti.

Akhbar di Sepanyol mendakwa Neymar telah mengarahkan pengurusan tertinggi PSG untuk melepaskan Cavani dengan segera.

Laporan juga menyatakan kedua-dua pemain itu terpaksa diasingkan di bilik persalinan selepas perlawanan memandangkan pertikaman lidah mereka berlarutan.

Cavani dipercayai keluar meninggalkan padang menerusi pintu belakang stadium Parc des Princes 20 minit selepas wisel penamat ditiup.

Sementara, Neymar pula berhenti daripada mengikuti pemain antarabangsa Uruguay itu dalam media sosial sebelum keluar bersama pemandu Formula Satu, Lewis Hamilton.

Media juga mendakwa pertikaian yang berpanjangan itu menjejaskan pemain lain PSG yang terpaksa menerima Neymar sebagai pemain utama berikutan pindahan rekod dunia dari Barcelona awal musim ini.

Bekas pemain PSG, Maxwell yang kini merupakan pengarah berpengaruh dalam kelab itu akan membawa isu bekenaan kepada lembaga pengarah termasuk cadangan Neymar.

Namun Cavani dijangka tidak akan terjejas dengannya isu tersebut yang didakwanya sebagai disengajakan kerana menurut pemain itu ia hanya suatu senario biasa yang sentiasa terjadi dalam bola sepak. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast