KUALA LUMPUR, Sept 23 -- Miss Malaysia Tourism Metropolitan Crystal Tung Lu Yie (left), Miss Malaysia Queen of The Year Lee Jia Ling (right) and Miss Malaysia Tourism 2017/2018 Melissa Ng Sook Khuan after crowned Champion in Miss Malaysia Tourism Pageant 2017 National Finald at a renown hotel tonight. --fotoBERNAMA (2017) COPYRIGHT RESERVED

KUALA LUMPUR – Melissa Ng Sook Khuan dimahkotakan dengan mahkota bertatahkan berlian khas bernilai RM1.5 juta apabila dinobatkan sebagai Miss Malaysia Tourism 2017/2018 menewaskan 16 peserta lain.

Ratu cantik kelahiran Pulau Pinang berusia 24 tahun itu sekarang akan menjadi duta pelancongan Malaysia dan mempromosikan negara di peringkat global.

Selain Melissa, dua peserta lagi, Lee Jia Ling, 19, dimahkotakan sebagai Miss Malaysia Tourism Queen of the Year dan Crystal Tung Lu Yie, 22, sebagai Miss Malaysia Tourism Metropolitan.

Ketiga-tiga mereka akan mewakili Malaysia pada pertandingan Miss Tourism International Pageant yang akan diadakan pada 6 Dis di Sunway Resort Hotel.

Ketiga-tiga mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, barang kemas bernilai RM1,500, telefon pintar dan biasiswa bernilai RM50,000 setiap seorang dan hadiah lain.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Tourism Malaysia Chong Yoke Har.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast