TOKYO – Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe mengumumkan pilihan raya di negara itu akan diadakan setahun lebih awal dan akan membubarkan parlimen Khamis ini.

Abe menepati ramalan membubarkan parlimen ketika parlimen akan memulakan sesi persoalan berhubung skandal kronisme.

Beliau sebelum ini dijangka membuat keputusan itu kerana mengambil kesempatan ketika kedudukannya baik dan huru hara berlaku dalam kalangan pembangkang walaupun ada kritikan beliau mencetuskan ruang kosong dalam politik di negara berkenaan.

Jepun ketika ini berada di tengah kebimbangan serangan dari Korea Utara.

Kedudukan sokongan kepada pemimpin itu meningkat sekitar 50 peratus berbanding 30 peratus pada Julai lalu.

Satu tinjauan hujung minggu oleh akhbar harian perniagaan Nikkei menunjukkan, sebanyak 44 peratus pengundi merancang memilih Parti Demokrat Liberal (LDP) pimpinan Abe berbanding lapan peratus untuk pembangkang utama Parti Demokrat.

Ia adalah lebih tinggi berbanding tinjauan agensi berita Kyodo sebanyak 27.7 peratus dengan 42.2 peratus tidak pasti.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast