kerajaan gagal
Nordin Kardi

 

KUALA LUMPUR – Perbezaan antara peruntukan bajet yang diluluskan dengan perbelanjaan sebenar kementerian perlu diteliti secara menyeluruh sebelum sebarang kesimpulan dibuat berhubung kemungkinan berlaku pelanggaran prosedur kewangan,

Pemerhati politik, Tan Sri Nordin Kardi berkata, dalam amalan kewangan kementerian, ada peruntukan boleh memohon mendapat bajet tambahan kerana ada kementerian atau jabatan yang prestasi perbelanjaannya rendah.

Sekiranya prestasi rendah dan dianggar tidak habis pada tahun kewangan berkenaan, kebiasaannya dilaporkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana, maka bajet boleh dipindahkan, katanya dalam hantaran di Facebook.

Mengulas kenyataan daripada Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan, Tan Sri Johan Mahmood Merican berhubung perbelanjaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) semalam, Nordin berkata, adalah tidak diketahui sama ada lebih perbelanjaan dariada bajet itu telah mendapat kelulusan daripada permohonan tambahan dikemukakan pada semakan suku tahun, setengah tahun atau tiga suku tahun telah diluluskan.

 

May be an image of text

“Jika tidak lulus, maka menjadi persoalan kenapa Kementerian Kewangan terus memberi bajet tahun berikutnya dalam keadaan perbelanjaan melebihi bajet.

“Tidakkah ia juga akan mendapat teguran Pejabat Ketua Audit negara jika ada ketidakbiasaan.

“Sekiranya telah lulus, maka tiadalah isu kesalahan prosedur perolehan,” jelas beliau lagi.

Nordin menegaskan, maklumat-maklumat di atas penting sebelum sesiapa mula berkreatif dengan pelbagai komentar. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here