SAN FRANCISCO – Twitter sedang menguji had karakter yang lebih panjang bagi memudahkan pengguna.
Twitter kini mengehadkan tweet kepada 140 aksara tetapi ia dalam ujian menggandakannya kepada 280 aksara yang dijalankan terhadap sekelompok pengguna kecil.
Had aksara itu menyebabkan kekecewaan kepada pengguna, kata Twitter dalam blognya.
Twitter berkata, firma itu telah menyaksikan perkembangan yang perlahan dan perubahan itu boleh menarik perhatian pengguna-pengguna baharu.
“Untuk singkatkan semua yang difikir untuk Tweet adalah satu perkara menyukarkan. Kami juga melaluinya,” kata Pengurus Produk Twitter, Aliza Rosen.
Sehubungan itu, had aksara yang lebih panjang dilakukan dalam semua bahasa kecuali Jepun, China dan Korea yang menggunakan banyak maklumat bagi huruf tunggal. – MalaysiaGazette