Gajah di Pahang mengalami konflik akibat kekurangan kawasan habitat.-Gambar hiasan.

KUANTAN – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang menganggarkan kini terdapat 171 ekor gajah yang sedang mengalami ‘konflik’ di Pahang.

Konflik berlaku disebabkan kawasan keliaran gajah yang semakin mengecil ekoran faktor pembangunan.

Menurut Pengarah Perhilitan Pahang, Ahmad Azhar Mohammed, gajah yang berkonflik itu terdapat di sekitar Jerantut, Lipis dan Bentong yang sering memasuki kawasan perkampungan penduduk bagi mendapatkan makanan.

Beliau berkata kes terbaharu berlaku dua hari lepas apabila penduduk Kampung Paya Garuk di Jerantut dikejutkan dengan kemunculan gajah liar pada tengah malam.

“Masalah berlaku kerana habitat gajah semakin mengecil, “kata Ahmad Azhar kepada Bernama.- BERNAMA