MUNICH – Penyerang veteran Bayern Munich, Franck Ribery bakal direhatkan selama beberapa minggu selepas mengalami kecederaan ligamen pada lutut kirinya.
Juara Bundesliga dalam satu kenyataan berkata, pemain berusia 34 tahun itu cedera dalam aksi seri liga 2-2 di Hertha Berlin pada Ahad lalu.
Ribery akan menjalani rawatan pemulihan sepanjang tempoh tersebut.
“Kami mohon maaf kerana Franck telah cedera,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Bayern Karl-Heinz Rummenigge melalui laman web kelab itu (fcbayern.com).
“Kami mahu dia pulih dengan segera.” – MalaysiaGazette