Alvaro Morata. Foto The Independent.

MADRID – Penyerang Chelsea, Alvaro Morata bakal disisihkan selama dua bulan gara-gara mengalami ketegangan hamstring yang menyaksikan dia telah menarik diri dari skuad Sepanyol untuk persiapan perlawanan antarabangsa hujung minggu ini.

Pemain berusia 24 tahun yang berdepan masalah itu beraksi ketika menentang Manchester City (1-0) pada Sabtu lalu dan diganti pada separuh masa pertama.

Eurosport melaporkan, imbasan yang dibuat menunjukkan Morata mengalami kecederaan hamstring tahap dua.

Pasukan perubatan Sepanyol mengesahkan kecederaan tersebut selepas pemain itu diimbas di hospital Madrid.

Tempoh pemulihan kecederaan hamstring tahap dua mungkin mengambil masa antara empat hingga lapan minggu.

Morata kini gagal membantu Sepanyol ke perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Albania dan Israel. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast