WASHINGTON – Lima bekas presiden Amerika Syarikat (AS) akan bergabung dalam satu konsert demi mencari dana untuk membantu mangsa ribut di Texas.

Perkara itu disahkan George H.W Bush Presidential Library Foundation hari ini.

Kelima-lima bekas presiden yang telah mengesahkan kehadiran ialah Barrack Obama, George W. Bush, George H.W Bush dan Jimmy Carter.

Kesemua mereka akan muncul di konsert Deep From the Heart: The One America Appeal bertempat di Arena Reed, Texas A&M University pada 21 Oktober depan.

Konsert itu nanti akan menampilkan persembahan muzik dan country dengan artis ALABAMA, the Gatlin Brothers, Lyle Lovett, Robert Earl Keen dan ramai lagi.- Malaysia Gazette