Jeneral Joseph Votel

PARIS – Kumpulan Islamic State (IS) mungkin boleh dilenyapkan tidak lama lagi di Iraq dan Syria tetapi ‘khalifah maya’ mungkin susah untuk dihapuskan, demikian menurut pakar dan pegawai berkenaan.

Jentera propaganda jihad akan terus wujud di sebalik laman web gelap dan kenyataan-kenyataan menagih simpati,

“Menewaskan IS di medan perang fizikal tidak mencukupi.

“Walaupun mereka tumpas di Iraq dan Syria, IS akan tetap wujud dan khalifah maya akan terus menyusun dan memberi inspirasi kepada pengikut untuk melakukan serangan luar serta membina asas sokongan sehingga kumpulan tersebut berjaya merampas semula wilayah fizikal mereka,” kata Komander Angkatan Tentera Amerika Syarikat di Asia Barat, Jeneral Joseph Votel.

Katanya, kumpulan IS kehilangan hampir kesemua wilayahnya di Iraq dan Syira namun ia masih tidak tidak berjaya ditamatkan sepenuhnya.

“Agensi berita” IS dan jentera propaganda mereka, Amaq terus mengaku bertanggung jawab terhadap serangan-serangan yang dilakukan dan menyatakan rancangan untuk serangan pada masa akan datang. – MalaysiaGazette