IPOH, 15 Okt -- Salah seorang penonton yang cedera dipercayai terkena mercun di luar stadium selepas ketika perlawanan separuh akhir pertama Perak menentang JDT pada Piala Malaysia 2017 di Stadium Perak hari ini. --fotoBERNAMA (2017) HAK CIPTA TERPELIHARA?

IPOH – Polis menahan tujuh lelaki berikutan insiden kekecohan selepas tamat separuh akhir pertama Piala Malaysia 2017 antara Perak menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Perak di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata kesemua ditahan merupakan penyokong Perak berumur antara 18 dan 29 tahun.

Dalam kejadian itu, dua lelaki termasuk seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh cedera akibat terkena mercun.

Kekecohan dipercayai hanya membabitkan penyokong tuan rumah kerana penyokong JDT telah keluar daripada stadium dan menaiki bas dengan diiringi anggota polis.

Pada perlawanan itu, Perak dan JDT seri 1-1, masing-masing menerusi jaringan sendiri pemain JDT Mohamad Hasbullah Abu Bakar dan penyerang import dari Lubnan Mohamad Ghaddar.- BERNAMA