KOTA KINABALU – Jabatan Imigresen tidak menjalankan sebarang pengurusan dan pengendalian pendaftaran Enforcement Card (E-Kad) bagi Pendatang Asing Tanpa Izin di Sabah.
Jabatan Imigresen Sabah dalam kenyataannya berkata, jabatan itu juga tidak ada melantik atau bekerjasama dengan mana-mana pihak sebagai ejen melaksanakan program E-Kad di Sabah.
Sehubungan itu orang ramai dinasihatkan terus berhubung dan melaporkan di Pejabat Imigresen sekiranya ada pihak mengendalikan program seumpama itu. – MalaysiaGazette