KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia diminta terus mengukuhkan perpaduan dan keamanan yang dinikmati selama ini.
Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, penyatuan itu penting dalam menangani pelbagai usaha yang dilakukan untuk menjejaskan perpaduan yang dikecapi selama ini.
Menurutnya, rakyat negara ini amat bertuah kerana berpeluang menyambut pelbagai perayaan dan tradisi yang berwarna-warni dengan harmoni.
“Asas-asas kukuh yang diwarisi dari nenek moyang kita dan berakar umbi dalam toleransi dan penerimaan telah memupuk semangat inklusif dan kesederhanaan. Ia memastikan negara kita terus maju dan mencapai tahap yang lebih tinggi,” katanya dalam ucapan sempena sambutan Hari Deepavali. – MalaysiaGazette