Pengasas Jamu Rahsia Mahkota Wanita, Wan Zunaizah Wan Mahusin

KUALA LUMPUR – Bermula dengan menjual kuih-muih selama dua tahun sejak 2012, wanita berusia 29 tahun ini tidak menyangka kehidupannya akan berubah sekelip mata.

Gara-gara mula berasa letih dan sakit-sakit badan kerana terpaksa bangun awal membuat persediaan menyiapkan perniagaan kecilannya itu, Wan Zunaizah Wan Mahusin telah dinasihati ibunya untuk mengamalkan minum jus buah manjakani.

Namun akibat tidak tahan dengan rasa jus itu yang pahit, ibu beranak tiga ini membuat sendiri dengan menumbuk buah itu dijadikan jamu dalam bentuk kapsul.

Tanpa diduga, bukan setakat masalah kesihatan yang dialaminya sebelum ini hilang malah bentuk badannya turut kekal kurus dan menjadi perhatian rakan-rakan lain.

Mereka mula meminta wanita kelahiran Kemaman, Terengganu ini membuat kapsul itu dalam kuantiti yang lebih dan menjual secara suka-suka.

Wan Zunaizah Wan Mahusin sebelum ini menjual kuih.

Apa yang menakjubkan, hanya bermodalkan RM500, sebanyak 50 botol jamu manjakani itu habis terjual tidak sampai seminggu oleh wanita berusia 29 tahun ini.

“Bermula tahun 2014, saya terus nekad menjalankan perniagaan jamu manjakani secara serius dan sehingga kini, hampir 50,000 botol sudah terjual.

“Pelanggan setia saya kebanyakan mereka yang kerja kerajaan kerana maklum balas yang saya dapat, mereka membeli semula jamu ini kerana yakin 100 peratus menggunakan buah manjakani buatan sendiri tanpa campuran bahan lain,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette di sini baru-baru ini.

Kini, jamu itu telah dikenali Jamu Rahsia Mahkota Wanita dijual pada harga RM25 sebotol.

Wan Zunaizah memberitahu, ketika ini beliau perlu menghasilkan hampir 600 botol jamu itu seminggu akibat permintaan yang tinggi.

Jelasnya, proses pembuatan telah dilakukan penuh teliti bagi memastikan kualiti kebersihan berada di tahap terbaik.

Wan Zunaizah turut memperkenalkan produk-produk kecantikan kulit seperti Pearl Queen Vitamin C, Queen White Losyen, Bedak Asas Magic Touch dan Feminin Wash.

Tambahnya, dia menyediakan satu bilik khas sebelum melakukan sendiri proses seperti membasuh, menjemur, menapis sebelum menumbuk buah manjakani menjadi jamu buatan sendiri.

“Kebaikan jamu manjakani ini untuk kaum wanita adalah untuk masalah dalaman sama ada sudah berkahwin atau pun bujang.

“Keberkesanan jamu ini dapat dirasai antara dua hingga tiga hari yang menyebabkan ramai pelanggan membeli secara tetap setiap bulan,” katanya yang menyimpan hasrat memiliki bengkel memproses jamu pada masa akan datang.

Wan Zunaizah berkata, produk di bawah WZ Empire Beauty itu kini memiliki 60 ejen dan tiga stokis di seluruh negara.

Sebagai pengembangan perniagaan, beliau turut memberanikan diri dengan memperkenalkan produk-produk kecantikan kulit seperti Pearl Queen Vitamin C, Queen White Losyen, Bedak Asas Magic Touch dan Feminin Wash.

Orang ramai yang ingin membeli atau mendapat maklumat lanjut mengenai rangkaian produk WZ Empire Beauty boleh menghubungi talian 013-8483522 atau layari Facebook Wan Zunaizah. – MalaysiaGazette

Wan Zunaizah bersama ejen-ejennya.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast