Home Nasional Yusof, Ali serah diri di IPD Kajang

Yusof, Ali serah diri di IPD Kajang

Para penyokong berada di luar perkarangan IPD Kajang ketika Yusof Azmi dan Ali Salimin menyerah diri pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Pengarah Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yusuf Azmi dan Ali Salimin telah tiba ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang pada pukul 8 pagi ini.

Kira-kira 100 orang penyokong Yusof telah berkumpul di situ bagi memberi sokongan.

Yusof dan Ali diminta menyerah diri kerana menceroboh premis AGR Trade Sdn. Bhd. di Kajang pada Julai lalu.

Difahamkan Yusof dan Ali akan dituduh di bawah Seksyen 427/447 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 109 Kanun Keseksaan di Mahkamah Kajang pagi ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast