Zahirah McWilson

KUALA LUMPUR – Pelakon muda, Zahirah McWilson berharap mendapat doa dan sokongan peminatnya selepas dikaitkan menjadi punca hubungan Emma Maembong dan Kamal Adli berakhir.

Menerusi status di Instagram, pelakon kacukan itu tidak mahu ada kebencian dihatinya dan mengharapkan dirinya dijauhi daripada perkara-perkara negatif.

“Biarkan mereka mengatakan apa yang mereka mahu, sudah tiba masanya untuk saya mengambil langkah kembali dan melakukan apa yang betul untuk diri saya sendiri,” tulisnya di Instagram.

Menurut laporan sebuah portal hari ini, Emma menzahirkan pengesahan berhubung hubungan cintanya dengan Kamal sudah berakhir.

Emma juga tidak menolak dakwaan Zahirah merupakan individu yang menjadi punca keretakan hubungan cintanya itu.

Emma mendakwa, dia tidak menuduh tanpa bukti, sebaliknya apa yang dibuat oleh Kamal dan Zahirah menjadi lebih rumit apabila mereka memilih menuding jari kepada pelbagai pihak.

Bagaimanapun, Zahirah menafikan dia terlibat dalam kemelut cinta Emma dan Kamal dan menyalahkan Kamal. – MalaysiaGazette

Emma Maembong sahkan putus dengan Kamal Adli

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Comments are closed.