Malaysia kehilangan satu pingat emas apabila penerjun negara, Wendy Ng (kanan) yang bergandingan dengan Nur Dhabitan Sobri semasa KL2017 gagal ujian doping.- Gambar fail

KUALA LUMPUR – Penerjun negara, Wendy Ng Yan Yee terpaksa memulangkan semula pingat emas yang dimenangi beliau semasa temasya Sukan SEA Kuala Lumpur baru-baru ini selepas sah gagal ujian doping.

Sampel B milik atlet Malaysia itu sah positif sibutramin, dadah jenis perangsang yang biasa ditemui dalam produk pelangsingan badan tetapi penggunaannya diharamkan oleh Agensi Anti Doping Dunia.

Perkara tersebut disahkan Setiausaha Persatuan Renang Amatur Malaysia, Mae Chen.

Bagi acara terjun 3 meter papan anjal kategori individu, Malaysia masih berpeluang memiliki pingat emas tersebut kerana tempat kedua dimenangi oleh Nur Dhabitah Sabri namun bagi acara terjun 3 meter papan anjal seirama Wendy-Dhabitah, pingat tersebut terpaksa diserahkan kepada pasangan Singapura, Ashlee Tan- Fong Kay Yian.

Atlet berusia 24 tahun ini dijangka digantung maksimum dua tahun berbanding empat tahun kebiasaannya.

Ini kerana penggunaan sibutramin dianggap sebagai tidak serius berbanding dadah untuk meningkatkan prestasi seperti steroid. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast