Reaksi ceria Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sambil membawa beg yang berisi buku teks ucapan Bajet 2018 untuk dibentangkan di Dewan Rakyat, Parlimen, Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 27 OKTOBER 2017

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri hari ini sekali lagi mengiktiraf peranan timbalannya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Datuk Seri Najib Razak berkata, Ahmad Zahid bukan sekadar Timbalan Perdana Menteri tetapi juga sebagai seorang sahabat yang setia.

“Dan segalanya hanya mampu diperbuat dan boleh dicapai dengan adanya kerjasama ikhlas sepasukan.

“Bertuahlah saya kerana mempunyai, bukan sekadar seorang Timbalan Perdana Menteri, tapi lebih jauh daripada itu, seorang sahabat yang setia, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi,” ujarnya semasa membentangkan Bajet 2018 di Parlimen petang tadi.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden UMNO itu juga mengucapkan terima kasih atas wala (kesetiaan) tidak berbelah bahagi yang diberikan ahli jemaah menteri, pimpinan parti komponen.

“Lalunya, bersumpah dan berjanjilah bahawa, kalau pun terpenggal putus tangan dari badan sekalipun lumpuh kaki tidak bermaya, amanah dan harapan rakyat yang kita genggam jangan sekali-kali terlepas dan tergadai kepada pihak lawan.

“Ayuhlah, kita wajib tetap menggigit amanah yang diberikan itu, dengan taring-taring dan geraham-geraham masing-masing, sampai ketitisan darah yang terakhir membawa BN menuju kemenangan besar dalam Pilihanraya Umum Ke-14 nanti.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast