Home #Bajet2018 Bajet 2018 belanjawan bertanggungjawab

Bajet 2018 belanjawan bertanggungjawab

KUALA LUMPUR – Bajet 2018 adalah belanjawan yang bertanggungjawab bersifat inklusif dan komited terhadap penyatuan fiskal.

Pengarah Urusan Institut Penyelidikan Khazanah, Datuk Charon Wardini Mokhzani berkata, inisiatif-inisiatif yang diumumkan dalam Bajet 2018 merupakan langkah positif dalam menangani beberapa isu mendesak negara.

“Institut Penyelidikan Khazanah menyambut baik Bajet 2018 yang menyeluruh. Ia menekankan usaha memperbaiki standard kehidupan rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini.

Jelasnya, Bajet 2018 telah memperbaiki perhatian terhadap inisiatif seperti pelaburan dalam infrastruktur pengangkutan baharu, meningkatkan sektor perdagangan luaran dan yang paling penting meningkatkan sektor pertanian bagi menjamin masa depan ekonomi Malaysia.

Inisiatif menggalakkan dan membangunkan PKS untuk memacu industri berteknologi tinggi Malaysia adalah cukup memberangsangkan.

Tumpuan kepada isu-isu seperti kebajikan sosial, pekerjaan wanita dan meningkatkan akses penduduk kepada perumahan mampu milik adalah tepat pada masanya kerana pendekatan itu mewujudkan masyarakat yang lebih adil, kata Charon. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast