KUALA LUMPUR – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan memulakan kerja-kerja rancangan tebatan banjir di susur masuk Jalan Tun Razak di Lebuhraya Akleh.

Berikutan itu, penutupan sementara secara berperingkat di jalan susur masuk ini akan bermula pada 3 November sehingga 27 November ini.

Penutupan itu mulai pukul 11 malam hingga 4 pagi.

Pengguna lebuh raya dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif untuk ke Jalan Tun Razak menerusi Jalan Ampang dan Jalan Yap Kwan Seng.

Untuk ke Jalan Sultan Ismail atau ke Pusat Bandar Kuala Lumpur, pengguna dinasihatkan untuk mengguna Jalan Raja Abdul Aziz dan Jalan Raja Abdullah. – MalaysiaGazette