KUALA LUMPUR -Nesma Airlines menyasarkan 100,000 jemaah dari Malaysia dan Indonesia akan menggunakan perkhidmatan penerbangannya sepanjang musim umrah 2017/2018.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Faisal Alturki berkata, Nesma Airlines menjalinkan kerjasama dengan Alfajr Travel & Tours Sdn. Bhd. untuk jemaah Malaysia dan Maktour untuk jemaah Indonesia sebagai ejen perkhidmatan awamnya.
“Kami memilih mereka kerana mempunyai latar belakang yang kukuh serta berpengalaman luas dalam dunia pelancongan,” katanya semasa sidang media sebelum majlis pelancaran penerbangan Nesma Airlines dari Malaysia dan Indones di sini hari ini.
Penerbangan pertama menggunakan Nesma Airlines dari Malaysia akan bermula pada 23 November ini.-MalaysiaGazette