Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun ini akan bermula esok hingga 4 Disember ini.

Seramai 443,883 orang calon akan menduduki peperiksaan itu di 3,363 pusat pemeriksaan, menurut Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Daripada jumlah itu, seramai 386,331 calon terdiri daripada sekolah bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan.

Calon sekolah di bawah agensi kerajaan (8,461), sekolah menengah agama negeri (8,346), sekolah menengah agama rakyat (1,976), sekolah swasta berdaftar (14,883) dan calon persendirian (23,886). – MalaysiaGazette